Wednesday 1 February 2017

Demam

Aduhai,kerap sangat lah aku demam.Bulan 12 haritu dh kena denggi.Takot jugak kalau kena balik sbp antibodi aku ni lemah.Tapi dulu kemain susah nak demam,kadang-kadang setahun tu tak demam.

Demam itu penghapus dosa-dosa kecil Insyallah.Demam selalu nya terjadi dari jangkitan kuman dan virus.Tapi bila demam tanpa "selesma" "sakit tekak" dan berlaku tiba2,kemungkinan denggi.Denggi ni tidak boleh di ubati kerna belom ada ubat utk virus denggi.Tapi hanya boleh dirawat dengan minum air secara kerap.Biasanya kalau platlet jatuh banyak,pihak hospital akan memasukkan darah.

Sesetengah orang mempunyai platlet yang tinggi,mcm sy sendiri bila badan normal 3++.Baru hari ni demam,tapi agak panas badan.Kalau pergi hospital pon dia akan suruh datang balik selepas 3 hari kalau belum sembuh.Dan pihak hospital akan cek balik platlet dalam darah melalui ujian FBC.

Minggu lepas 4hari ride Genting Sempah,memang luangkan masa untuk kayuh.Adakah sebab main main punca demam.Terima Doc Ron dan Doc pian yang banyak mengajar ilmu-ilmu perubatan.

Mak dah sihat,Alhamdullilah.Tapi kene monitor gula 4kali sehari.Jika gula tinggi terpaksa diberikan suntikan insulin.Berbaktilah selagi ibu masih ada Insyallah hidup kita pun diberkati.Nak pikir pasal jodoh,asyik kene game je,datang dan pergi itulah yang selalu terjadi.Bila nak contact contact.Bila tak nak kita jadi tunggul.

Harap-harap baiklah demam ni.Selalu sangat demam,ujian apa lah untuk saya ni.Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya.

No comments:

Post a Comment