Saturday 8 July 2017

Double Paint

Tu bukan nama cat tau..tapi nama kumpulan kugiran aku masa zaman sekolah.Bermula masa aku form 3 kelas 3Ilmu Gombak setia.Dalam kelas aku ni ade sorang budak selalu kene buli,nama dia hafiz.Dia macam tak suka berkawan sangat.So sebab dia sebelah aku kene la berkawan kan.

Balik sekolah turun bas tempat yang sama.So aku try la nak lepak dengan dia.Aku datang rumah dia,dia keluarkan gitar and rokok surya.Aku ada guitar,tapi tak pandai main.So aku tengok dia pandai main,kenal pulak dengan abg man,sepupu si hafiz ni.Dari awal dia la yang ajar aku main gitar.Bermula dengan lagu cinta pantai merdeka.

Dan bermula lah aku dengan hobi baru.Hari2 main gitar kat rumah dia.Musim cuti sekolah datang sepupu dia lagi 2org ejai and ayen.Diorang ni tak pandai main gitar.Tapi lepak dengan diorang layan.Ejai ni pendiam ada abang perangai mcm badut (Arwah Ayoi),Abang man pulak ada adik nama boy(boy ss).

Asal cuti je mesti kami dah plan.Rumah hafiz,rumah ayen atau rumah ejai.Biasa nya kami akan bawak gitar sekali.Nak pegi rumah diorang ni kene naik dua bas sebab dua2 kat cheras.Ejai kat maluri and ayen kat Batu 9.Tapi biasa nya rumah ejai la.Sebab ada mcm pekan sikit bole merayap taman tenaga.Rumah ayen pon best lepak burger tapi tak tau nak kemana.Rumah apis paling kerap biasa kami pegi jamming jalan kaki ramai2 kat srigombak atas maybank.

Position
Aku gitaris,abg man leading,apis drummer,ayoi vokalis dan oh wan..terlupa pasal kewujudan wan sebab dia ni tak boleh balik lewat.Wan ni aku kenal masa kawan dgn pie(shafie naswip tu).Then dia lepak dengan aku terus kami ajar main gitar.Letak dia dekat bass(kerap lupa chord).

Biasa jamming kami layan lagu jiwang.Itu jela paling senang.Demi jamming kami sanggup jalan kaki sampai pasar besar gombak.Studio Experimental.

Form 4,gua dapat tawaran pergi teknik dekat segamat sedih sangat nak tinggal kawan2.Maka sepi la sekejap hanya muncul waktu cuti sekolah.Tiap kali aku balik mesti kami pergi jamming.Pernah aku mohon nak tukar KL tapi asyik penuh je.Selalu jugak aku balik KL berbekalkan duit jual rokok.Lompat pagar 2 kali nak balik KL punya pasal.

Habis Sekolah
Waktu ni memang kami tak pernah berpisah.Memang lepak je..Aku dengan wan memang hari2 bersama la katakan.Lepak je mana2 sampai dh takde arah tuju.Siang keje macam biasa.

Episod Hitam
Double Paint macam dah mula berpecah sebab kes berebut awek(aku la ni).Lepastu kami senyap kadang2 je muncul.Tau2 je dua orang dah start rosakkan diri.Masyallah tolong la jauhi sebab akan merosakkan masa depan.Aku wan dah mula jauh dah mula jauhkan diri dan kami pun buat hal masing2.Tapi aku masih rapat dengan ayen.Selalu je pergi rumah dia lepak.

Berpecah
Masing2 dengan hal sendiri,kadang2 aku nampak la ayoi.Waktu ni aku dah jadi workholic.Dah mula ada kerja yang baik.Guitar memang bertahun tak sentuh tapi kenangan dan chord masih dalam ingatan.

Berita tak diduga

zul,ayoi eksiden.
Berderau darah,ayoi ni antara yang rapat dengan aku sebab memang banyak dia pernah tolong aku.Aku pergi tengok ayoi,dia keadaan koma.Hampir tak sangka,ingatkan biasa.


Subuh yang tragis

Baru nak bersahur,dapat call dari ayen yang ayoi menhembuskan nafas terakhirnya di bulan puasa yang mulia.5pagi biasanya alu pergi kerja.Terus aku ke hospital ampang melihat arwah.Menitis air mata persahabatan.Aku batalkan niat untuk ke tempat kerja.

Hafiz pun dalam pusat serenti.
Double paint mungkin tinggal satu memori.Wan pun lama dah aku tak nampak.Tapi ayen dan ejai masih menjadi sahabat sampai hari ni.Masih aku terkenangkan gelak tawa kami dalam studio.Kongsi rokok,kongsi segala pahit manis dalam meneruskan hidup menjadi seorang dewasa.Terkenangkan suara ayoi yang macam mus may tu.Allah sebak ketika menulis.Aku harap semua sahabat agak terus diberkati hidup.Dan jauhilah dadah,cukup la sekadar merokok.

Double Paint Dalam Kenangan

Wednesday 1 February 2017

Demam

Aduhai,kerap sangat lah aku demam.Bulan 12 haritu dh kena denggi.Takot jugak kalau kena balik sbp antibodi aku ni lemah.Tapi dulu kemain susah nak demam,kadang-kadang setahun tu tak demam.

Demam itu penghapus dosa-dosa kecil Insyallah.Demam selalu nya terjadi dari jangkitan kuman dan virus.Tapi bila demam tanpa "selesma" "sakit tekak" dan berlaku tiba2,kemungkinan denggi.Denggi ni tidak boleh di ubati kerna belom ada ubat utk virus denggi.Tapi hanya boleh dirawat dengan minum air secara kerap.Biasanya kalau platlet jatuh banyak,pihak hospital akan memasukkan darah.

Sesetengah orang mempunyai platlet yang tinggi,mcm sy sendiri bila badan normal 3++.Baru hari ni demam,tapi agak panas badan.Kalau pergi hospital pon dia akan suruh datang balik selepas 3 hari kalau belum sembuh.Dan pihak hospital akan cek balik platlet dalam darah melalui ujian FBC.

Minggu lepas 4hari ride Genting Sempah,memang luangkan masa untuk kayuh.Adakah sebab main main punca demam.Terima Doc Ron dan Doc pian yang banyak mengajar ilmu-ilmu perubatan.

Mak dah sihat,Alhamdullilah.Tapi kene monitor gula 4kali sehari.Jika gula tinggi terpaksa diberikan suntikan insulin.Berbaktilah selagi ibu masih ada Insyallah hidup kita pun diberkati.Nak pikir pasal jodoh,asyik kene game je,datang dan pergi itulah yang selalu terjadi.Bila nak contact contact.Bila tak nak kita jadi tunggul.

Harap-harap baiklah demam ni.Selalu sangat demam,ujian apa lah untuk saya ni.Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya.

Sunday 8 January 2017

Ride on

Entah mcm mane knape aku gila sgt kt basikal..Rase nye dh 20k habis kt basikal.Dari kasut,jersey accesories part2 basikal yg gila ringan.

Dulu aku gemok berat 83kg.Sebab aku kene pnemonia dulu menyebabkan aku kene amik antibiotik selama 6bulan.Mana tak naik berat badan.

Bulat je dulu,baju saiz L seluar saiz XL.Pinggang 34.Ni gmbr mase pegi morib,dekat 100km gambar kanan tu sekarang,tipu je gmbr tu buncit lagi ni.Mcm awk yg baca ni.

Belajar main offroad dekat kota kemuning,first time jatuh downhill abis bercalar2 badan.

Seronok kayuh jauh2 ni,sbp dpt kepuasan.Then beribu2 kalori lost..bile balik je timbang lost sekilo sampai la berat sekerang 63kg.Boleh nk kurus lagi..tapi aku tak nak jadi lidi.

Gambar tipu ni..hahaha..mase ni test jersey baru.

Paling jauh aku ride Kuala Selangor..dalam 153km=5jam..Masa tu demam pulak..balik2 je rumah teros hilang demam.

Genting Perez..siang boleh laa..malam tak digalakkan untuk lalu..Faham2 la kalau jalan lama ni.Sejuk jugak la sini..Dalam 600m paras laut.

Asyik nak angkat basikal je..yela ringan kan.Mase ni otw turun dari fraser hill.Tak sanggup duduk lama2..yela pakai lengging pendek pulak..mengigil2 sambil makan.Awek kedai tu pun gelakkan kitaorg.

Tempat favourite Genting Sempah.Sebulan msti sekali dua naik.Baju ni dh jual sbp besar..mase beli dulu ngam2 ketat sedap pakai..Lama2 makin longgar.So makin kurus la kan.

Jamboree kajang,memang jamboree paling gila..8km downhill pacak.Ada yg patah tangan,patah leher.Dapat la ranking 1++/1000 org.Tak berani laju2 nati takde org jaga cikna.haha

Ulu yam also tempat favourite..mcm nk tercabut lutut..Hensem gak kan..hahahah

zaman2 KL-seremban,ptg ahad,konvoi sana sini.Menyesal kenape dulu aku jadi mat rempit..bahaya kan nyawa fly sana sini.

Kalau diberi peluang,selalu nya akan jadi lebih baik..Ini la kehidupan..Jatuh bangun untuk menjadikan kita lebih kuat..Aku pernah jatuh tersungkur,hilang kawan hilang org yg aku syg..hilang semua yang aku ada.

Aku sendiri tak tau knpe aku buat blog ni..haha..sekadar nk berkongsi tentang kehidupan.


Friday 6 January 2017

Solo Travel Melaka

kalau nk ikotkan..byk dh tmpt aku travel solo..johor,kedah,kelantan,pahang.Tp melaka last pegi masa budak dulu.Mana la nk tau apa sangat.
Oakley baru beli..memang xlepas la  😝

Ingtkan nk naik bas..sbp tiket RM12 je.Takkan la nk bwk si satria gti track edition(sangat),kalau sorg habis minyak je dh brape kan.Kebetulan ada geng basikal sorg ni nk balik kg melaka..aku tumpang la skali kan jimat,Terima kasih abg wan.

Antara yg menjadi tarikan dekat melaka(tertarik mcm cikna "siapa cikna"?..

Lebih kurang pukul 10 sampai melaka (awal beb) abg wan turunkan aku dekat river cruise..Apa lg beli tiket naik la..

Rm15 woi..bayang kan kalau bini+anak 3..hahaha

Naik la bot pusing2 bandar melaka(xbest mana pon).Then aku decide nk turun dekat muzium kapal tu.Dari kecik aku nk sgt masuk dlm tu,nk tau ape yg ada.Okay la,byk sejarah..tp yg tak okay..org ramai lepastu bising sangat(aku masuk muzium ke pasar)

memang dh malas masuk dlm..terlalu bising..aku ni bukan suka bising2

Tiket nk masuk muzium ni RM5..Lebih sedap kalau beli aiskrim.

aku yg baru berdiri 20minit dh berpeluh mcm ape tah.Pakcik ni selambe kayuh beca 2ptg.Basikal aku tu yela 10kg je,beca tu dekat 150kg termasuk penumpang.Diiringkan dengan lagu dangdut Ya Allah demi rezeki mereka.

Betul2 depan kapal ni.Ade satu medan..peh rambang mata aku,makanan pulak kan.Mcm2 kuih ada,Insyallah sedap.Ada jugak kraf tangan(mahal oi) yela..handmade..brg basikal yg handmade beribu sanggup..brg malaysia support la sikit..hehe

Dekat 10paket aku beli

Ok..time yg paling rumit "hotel" xde booking pape..main terjah.Dekat 10km aku jalan pusing2 bandar..satu hotel pon xde kosong.Ok xper kte cari guest house Alhamdullilah ade 1,Rm60 utk double bed(murah) tp kipas la..aku pun xsuka aircond sgt.

Ptg tu tido kejap sbp penat sgt.Lepas je magrib aku keluar merayap..try pusing jonker walk..nk tgk ape yg menarik..majoriti peniaga adalah cina(mcm petaling street).Tapi yg ni best sbp brg murah..and byk brg antik.Memang rambang mata..tapi aku xnk over bajet.






last..aku cuma beli keychain..hahaa
byk je brg menarik..tp bukan keperluan..and then cari mkn la..lapa la yob..aku jln kaki sampai dataran pahlawan,sana ade foodtruck..tp aku beli burger je..sambil lepak sorg2..masing2 berteman..

ohhh benci jugak la jd single..kau xde org nk berckp nk bergaul..sampai satu masa tu rase sunyi..org tgk aku ni mcm pelik sgt..merayap sorg2 kan.


waktu mkn burger ni..guruh dh berdentum,hujan dh dekat berangin dah..habis terbang payung2..balik la ke hotel..sampai2 je trus tido.



so i'm thor?
next?..kemana?..berdua pulak ke?

Monday 2 January 2017

Solo Travel Sungai Siput(xingt tarikh)

Aku ni kekadang hilang akal.Terus siap2 pegi mana aku terfikir.

Ni la yg jd,entah knpe aku rase nk pegi sungai siput,padahal tempat tu takde ape pun.
Kasut timberland ni dh ketat,bagi anak jela nati.

Bangun pagi ok gaji dh masuk,sungai siput?menarik nama tempat ni,tapi apa yg ada?okay jom siap.
Packing2 barang terus aku ke Stesen Keretapi KL.Sauk tiket ke sungai siput jam 1.40ptg ETS.Memang laju dlm 3jam je dh sampai.
Stesen ni tak banyak berubah.Maybe nk kekalkan structure bangunan ni.

Sampai je sungai siput "Alamak" hotel paling dekat 10km knapa la aku x google tadi.Dalam 4ptg mcm ni mana mampu nk jalan kaki "panas beb".

35°c 10km.."arghh redah je"
Jalan punya jalan,ade kantin JKR "Mee Kicap Sungai Siput".Oh baru perasan,sg siput terkenal dengan mee kicap yang sedap.Ya Allah antara nikmat terbaik untuk hambamu "memang sedap" ingatkan nk mkn 2set tapi memikirkan perjalanan aku batalkan niat.

memang sedap padahal kantin je

Habis mee kicap."Adik nk pegi mane" makcik gerai ni tanya "makcik,sy sendiri xtau nk pegi mana..sy saja jln2 sg siput"..terkedu makcik ni.."kau nk tido mana nati"..mcm2 soalan..
Teruskan perjalan ke MH hotel.Alhamdullilah sampai rate 1 bilik RM150/mlm.Aku dpt tingkat 4 yg mna xda org pon tingkat tu.Yela sg siput,sapa yg nk duduk hotel.

Besarkan?seronok la sesorg guling

Okay tido sekejap.Pukul 7 bangun kol haziq(tauke woop2lobster)."bro aku nk mkn boston lobster mlm ni".Memang dh pernah contact haziq sebelum ni.
Siap2 solat magrib terus aku turun ke bwh hotel sbp kedai si haziq ni sbelah hotel je.Pehh ramai gila org and semua datang sebab nk mkn lobster mamat ni.Alhamdullilah murah rezeki kau haziq.Teros aku jumpe haziq,bro aku zul dari KL."kau duduk,aku bg lobster kau dulu".

Besar woi lobster ni.Sepit dia segenggam tangan aku.Pehh bismillah Terima Kasih Allah atas rezeku Mu.Sekali suap memang sedap(gila xsedap tgk hargala).Tapi memang sedap dlm 15minit je aku settlekan.Org keliling tgk aku dok mkn sorg2."sy bukan xlaku la,mak sy xkasi bercinta".hahaha

Settle.Tinggal ni je,aku ingtkan kulit lobster mcm kulit udang.Keras mcm kulit ketam isi sikit je.Tapi yela nk byk2 pegi la menyelam dasar laut kalau berani.Okay tunggu haziq free wa nk mintak resepi perniagaan sikit."Sanggup eh kau dtg sorg".Haha bro aku support perniagaan melayu.Terima kasih haziq.

Perut kenyang lepak kejap depan fountain hotel tu fikir kejap masa depan.Pupp dpt 1 msg fb "awk buat ape pegi sg siput".setelah beberapa lama aku jd "gay"(hahaha) ade jugak awek chat."saya saja jalan,reward diri".Maka bermula lah perkenalan dgn awek Y ni.Dia duduk srikembangan,so kalau nk dating tu jauh sikit la.Awek,apadahal.Kali kedua jumpa aku main hujan semata-mata nk hantar something kt dia.Sampai fon rosak sbp kene hujan.Well aku memang jenis "lautan api sanggup ku redah(acah2 sangat).Tapi jodoh xpanjang.Mungkin dh kawin sekarang.Yela umur dia rase nya 32.

Gila tak sedih,sedih la..dah lepastu nk nangis? lepastu tido la.
Semoga kau dikurniakan dgn isteri yang baik,tidak perlu sempurna.Cukup menjadi pelengkap kehidupan.







Basikal

Aku dan basikal
Aku mula mengenali basikal pada 2014.
Ketika aku melihat,ramai org berbasikal di lebuhraya "apa gila dia org ni,bahaya".
Aku menjual set guitar berserta amp utk membeli sebuah basikal yang berharga Rm800.Kayuhan pertama hanya 2km,tp dia punya penat "fuh" yela..hampir 3tahun xpernah bersukan

Aku berkenalan dgn beberapa org kwn di johan setia.Along,herman dan nizam antara org yg pertama aku kenal.Diorang ni ajar aku pasal basikal.Sepit udang(fork)..seat(saddle).Basikal aku yg RM700 pon.Aku dh rasa mahal,basikal diaorg Rm4ribu beb.Mak ai ade gk basikal harga mcm ni.
Bila dh lama sikit,aku upgrade basikal tp yg 2nd jela.Itu pun RM1700 aku beli dari sorg brader ni,dari kg delek.Specialized merah groupset Xt,rim spinergy brader tu bg free.
ni gmbar dekat genting sempah

Setelah beberapa lama aku mengayuh diorg ajak aku pegi morib jauh wei 100++km.3hari kaki aku sakit.Tp selepas kaki aku elok je.Peh mcm batu beb.Selepas beberapa bulan,aku terpaksa balik ke Gombak atas permintaan mak.Lama sangat ke aku merantau hehe..Terima kasih aiman yg byk membantu mase aku stay di Klang.